“I Spy a Sound in The Jungle”: Pendekatan Digital Dalam Penguasaan Bahasa Inggeris Kanak-Kanak Prasekolah
I Spy a Sound in The Jungle Digital Approach in Preschool Children's English Language Proficiency
DOI:
https://doi.org/10.37934/cjiep.2.1.18Keywords:
Teknologi digital, kanak-kanak prasekolah, Bahasa Inggeris, irama, rima, pengajaran abad ke-21, Digital technology, preschool children, English, rhythm, rhyme, 21st century teaching, Google SitesAbstract
Kajian ini meneliti tahap kecerdasan dan kemahiran kanak-kanak berumur lima tahun yang mempunyai latar belakang sosioekonomi yang kukuh serta terdedah kepada teknologi digital terkini. Kepelbagaian gaya pembelajaran seperti auditori, kinestetik, visual, dan multimedia memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran mereka. Kanak-kanak dalam kumpulan ini menunjukkan kecekapan dalam mengenali lagu kanak-kanak serta bunyi persekitaran, termasuk suara haiwan dan fenomena alam semula jadi. Namun, mereka kurang terdedah kepada konsep irama dan rima dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini menekankan kepentingan penggunaan teknologi digital dan strategi pengajaran yang sesuai bagi meningkatkan pemahaman kanak-kanak dalam aspek bunyi, irama, dan rima secara lebih efektif. Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah ini adalah penguasaan yang kurang terhadap bahasa kedua kerana kanak-kanak lebih cenderung menggunakan bahasa ibunda dalam kehidupan seharian, menyebabkan mereka kurang terbiasa dengan bunyi, sebutan, dan struktur Bahasa Inggeris. Oleh itu, pengintegrasian teknologi digital dalam subjek Bahasa Inggeris dilaksanakan bersama kanak-kanak bagi membantu meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka dengan lebih berkesan. Google Sites yang telah dibangunkan bagi menyahut saranan, kandungan serta matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), bagi menerapkan aktiviti pembelajaran yang mengembirakan, kreatif dan memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak melalui pengajaran berdasarkan Tunjang Komunikasi. Google Sites yang dihasilkan merupakan satu bahan pembelajaran interaktif iaitu I Spy a Sound in The Jungle dengan mengambil kira kemahiran mendengar dan bertutur. Justeru, kajian ini juga bertujuan bagi membuka aspek konsep Bahasa Inggeris dengan pemanfaatan digital terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru. Metadologi yang digunakan adalah berbentuk kajian tindakan bagi memperolehi data-data yang dikehendaki melalui pemerhatian dan temubual bersama kanak-kanak prasekolah. Tambahan pula, data juga dianalisis secara tematik dan telah menjalani uji lari bahan pembelajaran interaktif ke atas 25 orang responden yang terdiri daripada seorang kanak-kanak prasekolah di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka serta 24 orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka bagi memperolehi data yang mantap bagi penambahbaikan. Hasil dapatan memperlihatkan keputusan yang memberangsangkan apabila kanak-kanak memberikan impak yang positif terhadap penguasaan Bahasa Inggeris melalui penggunaan teknologi berdasarkan pelaksanaan aktiviti. Signifikan daripada kajian ini juga membantu dalam penyampaian pengajaran oleh guru mengenai subjek Bahasa Inggeris dengan berlandaskan pendidikan abad-21.
This study examined the intelligence and skill levels of five-year-old children from strong socioeconomic backgrounds who were exposed to the latest digital technology. A variety of learning styles such as auditory, kinesthetic, visual, and multimedia play an important role in their learning process. Children in this group showed proficiency in recognizing children's songs and environmental sounds, including animal sounds and natural phenomena. However, they were less exposed to the concepts of rhythm and rhyme in English. This study emphasizes the importance of using digital technology and appropriate teaching strategies to improve children's understanding of sounds, rhythm, and rhyme more effectively. The problem faced by these preschool children is their poor mastery of the second language because children are more likely to use their mother tongue in daily life, causing them to be less familiar with the sounds, pronunciation, and structure of the English language. Therefore, the integration of digital technology in the English subject is implemented with children to help improve their understanding and mastery more effectively. Google Sites which have been developed to respond to the recommendations, content, and goals of the National Preschool Standard Curriculum (KSPK), to implement learning activities that are fun, creative and provide meaningful experiences for children through teaching based on the Communication Pillar. The Google Sites produced is an interactive learning material namely I Spy a Sound in the Jungle by considering listening and speaking skills. Therefore, this study also aims to open aspects of the English language concept with the use of digital in the teaching and learning process of teachers. The methodology used is in the form of action research to obtain the required data through observations and interviews with preschool children. In addition, the data was also analyzed thematically and the interactive learning material was piloted on 25 respondents consisting of a preschool child at the Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka and 24 trainee teachers from the Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka to obtain solid data for improvement. The findings show encouraging results when children give a positive impact on English language mastery using technology based on the implementation of activities. The significance of this study also helps in the delivery of teaching by teachers about English based on 21st century education.
